02 Ogos, 2012

Sight (2012) [Short Film HD 720p]

21 Disember, 2010

relex kan minda

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.


22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk

08 Disember, 2010

objek ilusi


Eh , ini bukan main mata *wink wink* nak ngorat tuh . Ini main mata yang macam silap mata tuh , eh eh salah . Yang ilusi optik tu . Teehee ...
It's all about Science ^^

 
Ilusi optik yang juga disebut sebagai ilusi visual adalah gambar visual yang dilihat berbeza dari realiti objektif . Maklumat yang dikumpulkan oleh mata lalu diproses oleh otak memberikan persepsi yang tidak sama dengan ciri fizikal sumber stimulus . Dalam bahasa omputih , ilusi optik dikenali sebagai Optical Illusion .

Terdapat tiga jenis ilusi optik :
  • Literal - menjadikan apa yang dilihat berbeza daripada objek
  • Fisiologi - kesan pada mata dan stimulasi otak berlebihan dari kecerahan , miring , warna dan gerakan objek
  • Kognitif - mata dan otak membuat kesimpulan 'pengsan'

Penerangan lebih lanjut tentang Optical Illusion boleh didapati di sini .

Aku suka 'main mata' ngan gambar-gambar yang 'player' ni . Takyahla pelik ngan kenyataan aku . Gambar-gambar ilusi optik kan suka 'main'kan mata ? Tak ke 'player' namanya tu ? Hihi ..

Kepala itik atau kepala arnab ? [link]

Cawan atau sepasang kepala ? [link]

Tell me ,
mana satu titik persilangan garisan putih yang berwarna hitam ? [link]

Teka ,
bulatan dalam gambar di atas selari atau bersilang ?


Teka lagi ,
garisan melintang tu selari ke tak ? [link]

stress1






Gambar di atas ini kelihatan bergerak ,
tapi hakikatnya mereka pegun . [link]


Tumpukan mata korang pada titk hitam dan
gerakkan kepala korang ke depan dan ke belakang .
Bulatan tu berpusing , kan ? [link]



Tumpukan mata pada + .
Korang akan dapati bulatan-bulatan pink tu hilang !
Tapi hakikatnya dorang ada je kat situ . [link]


The Yellow lines are the same length. Click on the name at bottom 
of pictue for an explanation.
Garisan kuning mana yang lebih panjang ? [link]



Dan bulatan oren mana yang lebih besar ? [link]



Percaya tak keseluruhan rectangle kat tengah tu warnanya sama ? [link]



Dan percaya tak warna petak A dan B sama ? [link]



Dan percaya tak warna kedua-dua bulatan oren tu sama ? [link]


Tak caye ? You can try to check them using the Paint .
 Magic , kan ? Hoho ^_^



Siapa yang kata gambar ni ada satu triangle dan tiga bulatan penuh yang ditindih oleh satu lagi triangle berwarna putih terang ?
Salah ! Takde triangle warna putih terang pun sebenarnya . Dan warna putih triangle tu sebenarnya tak terang pun , sama je dengan warna putih kat luar . Tak caye , try check guna Paint sekali lagi ^_^ [link]



Pompuan ni pusing clockwise or anti-clockwise ek ?
Aku kata dua-dua . Setuju tak ? [link]
Hah ! Jangan ada yang stim tengok gambar ni sudah ...


Eh , gambar *wink wink* kat atas sekali tu pun salah satu gambar ilusi optik .
Setuju tak ?


Heee ~ Menarik , right ? Setakat ni je research aku . Rajin , search la lagi gambar ilusi optik yang lain . Ha ! budak sekolah zaman aku belajar mende ni time form 2 . Zaman dulu katanya form 4 ,  form 5 . Zaman akan datang standard 4 dah belajar kot . Who knows ? Zaman kian berubah , dunia kian maju , bebudak kian advanced *eh?*

07 Disember, 2010

tip penjagaan laptop : bagi yang laptop slalu panas

Assalamualaikum w.b.t, adakah anda merasakan bahawa laptop anda mampu memanaskan telur sehingga ke tahap boleh menjadi telur mata goreng? Ramai diantara kita yang menggunakan laptop cooler pad sebagai jalan penyelesaian dan menganggap bahawa masalah telah selesai. Namun begitu sedarkah anda bahawa sebenarnya laptop cooler pad hanya menyejukkan bahagian luaran laptop dan bukan bahagian yang sepatutnya disejukkan. Walaupun begitu, laptop cooler pad masih memberikan kesan yang positif walaupun hanya sedikit.

Bahagian dalam laptop yang menjadi punca utama kepanasan dikenali sebagai Cip Unit Pemprosesan (Processor/CPU) dan juga Kad/Cip Grafik (Graphic Card) yang juga dikenali sebagai GPU (Graphic Processing Unit) dimana semakin laju atau semakin berkuasa kedua-dua cip berkenaan maka semakin tinggi juga haba yang dihasilkan. Memang menjadi lumrah, tenaga kinetik yang lebih laju menghasilkan haba yang lebih banyak sepertimana meteor yang jatuh dari angkasa menghasilkan haba yang terlampau akibat dari geseran dengan udara.

Justeru, bagi melegakan hati semua pengguna laptop dan tidak menjadikan laptop mereka sebagai 'kuali untuk menggoreng telur mata', saya kongsikan sedikit tips mengenai kepanasan laptop dan cara-cara mengatasinya.


Bagaimana untuk mengetahui suhu laptop saya?
Kebanyakan laptop masakini dilengkapi dengan sensor bagi mengesan suhu CPU dan juga GPU. Suhu ini boleh dilihat menggunakan perisian tertentu seperti SpeedFan yang boleh digunakan pada hampir semua jenis laptop dan juga Nvidia nTune untuk maklumat yang lebih terperinci bagi laptop yang dilengkapi dengan cip Nvidia.

Muat turun SpeedFan di sini!
Muat turun Nvidia nTune di sini!

Berapakah suhu yang ideal bagi sesebuah laptop?
Bukan semua jenis laptop mempunyai suhu yang sama mengikut penggunaan. Ini disebabkan kerana setiap jenis laptop mempunyai CPU dan juga GPU yang berbeza. Suhu laptop diklasifikasikan kepada dua iaitu :
  1. Idle Temperature - Penggunaan laptop yang minima tanpa menggunakan perisian yang membebankan.
  2. Maximum Temperature - Penggunaan laptop dengan beban yang tinggi seperti memindahkan data yang banyak (copy files) dan juga permainan komputer 3D yang berspesifikasi tinggi.
Suhu yang ideal bagi sesebuah laptop ialah :

50'C < Idle Temperature < 70'C
70'C < Maximum Temperature < 85'C


Sekiranya laptop anda mencapai ke 85'C dan keatas, maka anda mempunyai laptop yang telah melebihi suhu ideal dan ini boleh menyebabkan jangka hayat laptop anda menjadi singkat dan kebarangkalian untuk laptop anda menjadi rosak adalah lebih tinggi. Jaga-jaga agar laptop anda tidak menjadi pengganti kuali anda di dapur!

Mengapakah laptop saya begitu panas?
Pengaliran haba bagi laptop adalah kurang baik berbanding dengan komputer peribadi desktop dan ini disebabkan oleh faktor saiz yang kecil mengakibatkan haba tidak boleh dialirkan dengan baik. Terdapat laptop yang bersuhu ideal dan juga tidak ideal. Kebanyakan laptop yang panas adalah laptop yang mempunyai CPU yang berkuasa tinggi seperti Core 2 Duo 2.0 Ghz dan ke atas serta GPU yang mantap seperti keluaran dedikasi Nvidia dan juga Ati.

Tips mengurangkan kepanasan laptop
  1. Gunakan laptop cooler pad.
  2. Jangan menghadang ruang pengaliran haba (lubang-lubang di tepi atau belakang laptop).
  3. Tinggikan bahagian bawah laptop (bahagian yang terdapat kipas).
  4. Jangan guna laptop dipermukaan yang kurang mengalirkan haba seperti kain dan tilam.
  5. Kurangkan penggunaan yang membebankan seperti permainan komputer 3D.
  6. Ubahsuai sistem penyejukan laptop agar lebih efisyen!
Laptop saya masih begitu panas. Apa yang patut saya lakukan?
Sekiranya suhu laptop anda masih begitu tinggi iaitu melebihi suhu ideal, anda perlu melakukan pengubahsuaian pada sistem penyejukan dan pengaliran haba laptop anda. Anda boleh merujuk pada saya bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengubahsuaian tersebut.

Apa yang akan berlaku sekiranya saya membiarkan laptop saya kepanasan?
Laptop anda berisiko untuk rosak lebih cepat dan komponen yang paling berisiko ialah motherboard. Anggaran kos bagi menggantikan motherboard dan membaikpulih laptop anda adalah sekitar RM500 - RM2000 bergantung kepada jenis laptop anda.

Berapakah harga bagi pengubahsuaian sistem penyejukan laptop saya?
Dengan kos yang serendah RM100, anda boleh mengurangkan suhu CPU dan GPU anda sehingga 10% - 30%.

Wallahu'alam....

-thanx huzaifah.org 

anda juga meminati

Related Posts with Thumbnails